Pemilik Blog ![]() Tagboard! ![]() Credits!
| FAREWELL Air mata mengalir sepi Senyum terukir di bibir Heh. Jelas di layar mata Sebuah singgahsana Mahligai indah tempat bergembira Tangis tawa syukur kecewa Semua digaul sebati bersama Membentuk kenangan mustahil kulupa Disini Bersama mereka aku mencipta dunia Bersama mereka kutempuh badai melanda Walau gegak gempita , kerana mereka Aku masih bernyawa Disini Kami jatuh. Ya kami jatuh.nun jauh disana Namun jatuh kami bangkit bersama Duka kami tangis bersama Bahagia kami tawa bersama Aku ada mereka sepanjang masa. Lalu Aku masih bernyawa Hari ini Kami berpisah kerana dunia Meninggalkan singgahsana yang kami cinta Meninggalkan kenangan yang tiada galang gantinya Namun aku pasti Dalam hati ini Bersama kami berpisah tiada bertemu kembali pasti . Selamat tinggal uitm kuantan . Selamat tinggal keluarga , kawan , teman , sahabat . Terima kasih atas segalanya . P/s : sejenak berfikir , mahal sungguh harga rumah pelajar di uitm kuantan . Mahal sungguh harga nilai kekeluargaan . Tanpa keputusan spm cemerlang , x mungkin dpt aku sarung kad pelajar oren plastik yang nmpak murah tp x semua mampu pakai . X mungkin dpt aku lepas pagar yg dijaga rapi poban yang pantang tengok org pakai sakai.tak mungkin dpt aku naik bas uitm yang sungguh luar biasa kapasiti muatannya.x mungkin aku dpt belajar dalam kelas yang maha selesa , dgn penyaman udara , maga sempit jua yang aku percaya bertujuan merapatkan pelajar semua.alahai.sungguh.eksklusif.kerana sewa rumah setahun itu dibayar dgn usaha . Kad plastik murah itu dibayar dgn keringat.cuba kau tnya jutawan yg maha kaya sekalipun .mampu kah dia ? Mungkin mampu.suatu masa dulu.sekarang tidak lagi.seperti aku , seperti kami . Yang hanya mampu membayar 'sewa' duduk setahun disana.sekarang tidak lagi.kami ingin kembali.apa daya kami , masa yang berlalu x mungkin akan kembali. |
Post a Comment