Pemilik Blog ![]() Tagboard! ![]() Credits!
| manusia bila pelangi di depan mata
sering kita lupa
hujan akan datang kadang kala
ribut petir pasti menerpa
keadaan mungkin gegak gempita
bila harta melebihi segalanya
sering kita lupa
orang lain mungkin juga memerlukannya
kita mungkin akan jadi sama
harta ini cuma sementara
bila rupa tiada tara
sering kita lupa
ini pinjaman dari yang maha esa
bila bila masa boleh diambil semula
hakikat manusia
ketika senang lupa segalanya
hanya yang indah terbayang di mata
kerana yang indah itu paling di damba
namun , bila duka datang menerpa
bila azab datang menyiksa
tetap ,
yang indah terbayang semula
menitis air mata kecewa
kerana yang indah itu paling di damba
manusia .
|
Post a Comment