Pemilik Blog ![]() Tagboard! ![]() Credits!
| Minggu Pertama Menjadi Guru Ganti Dah lama rasanya x tulis entry pasal cerita coret kehidupan sendiri . selalu rasa macam nak express kehidupan harian dalam bentuk leboh berseni .miahahaha acah seni Tapi rasanya kalini nak bercerita panjang melebor selebor kain pasang mak kita beli untuk raya ni Maklum , ini pengalaman pertama bekerja , menjadi guru ganti , jd ke eksetaidannya mmg melebih sikit ;) Hari Jumaat lepas , dapat makluman untuk gantikan guru Bahasa Melayu dan Sejarah di Sabs.Masa tu perasaan bercampur baur antara excited dan takut . Excited sebab memang BM and SJ subjek fevret sepanjang zaman ! Dapat pulak ganti mengajar subjek tu mmg ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Excited lagi sebab mmg teringin sangat nak mengajar jd dpt jd guru ganti ni kira nak try test cube kutip pengalaman lah orang kata . Takut hm , sebab SABS . yes . sekolah cluster yuolsss . First perkara dalam kepala , confirm ni semua budak budak pandai . Memang kena be prepared kerlasssss punya . Second sebab pertama kali nak kerja , pertama kali nak mengajar , mmg taktau apa nak buat , apa nak dibuat and apa yang kena buat.Tapi sebab minat dan yeahhh money , sejujurnyaaaaaa . miahahaha . so kita rembat jelah apo yang hadooo . So hari first dgn semangat berkobar kobar drive ke SABS . Mula2 smpai jmpe HEM salam2 dulu borak kejap lepastu attend Perhimpunan . Kat perhimpunan tu jugak HEM announce nama so kena berdiri bangun masa tu hati berkocak yuollsss . berkocak katakau .Habis je perhimpunan jumpa HEM balik barulah tahu bahawasanya diri ini perlu mengajar Bahasa Melayu Tingkatan Satu dan Sejaran Tingkatan Dua . phewww lower form . urut dada . TAPI , lepastu baru teringat . walaweh lower form ada PBS . MATI . Hari pertama memang sangat sangat sangat penat smpai triple . Sebab apa ? sebab kita kena cari Ketua Panitia subjek yang kita ajar untuk tahu silibus smpai mana kena habiskan,PBS and segala gala bnda yang berkaitan dengan subjek tersebut . Untuk pengetahuan semua , urusan PBS fara bagi kedua dua subjek masih belum selesai hingga ke hari ini , Jumaat.Lepastu belum tambah lagi dengan keadaan korang yang blur blur baru jejak sekolah tu lalu korang dengan tanpa bersalahnya tersesat dalam sekolah yang kunun sebesar alam padahal hari kedua hari ktiga barulah korang terfikir , mcmane korang blh sesat ? Hari kedua .Penat tu kurang sebab banyak urusan dah setel . Tapi ttp masih ada yang tersisa yang membuatkan korang terkejar sana sini . Biaselah , orang baru , banyak yang kena ambik tahu.Untuk hari kedua xda apa yang special sangat jadi . Hari ketiga lebih menarik Jadi hari ketiga . Hari ketiga bila fara dah agak konfiden dengan peta sekolah fara pun acah cun pakai heels.Baik punya.Malangnya , hari tu jugak fara tergelecok depan murid ! oh my . tapi biaselah ,kita elephant army kan , bangun buat muka stone jalan mcm td tu kita saje duduk ambik pen . haha ! Hari Khamis pulak fara baru tahu yang cikgu yang fara ganti ni guru kelas , jadi terpaksalah fara buat register . Ambik kedatangan pelajar and rekod dalam buku register . Sakit hati jugak kadang2 kalau budak tak hantar kedatangan dan kita kena menapak sendiri naik kelas dyeorg . kuruih laaaa ckgu mcmniii And today , fara diberi pulak tugasan baru bersama sama seorang lagi guru ganti , lepasan asasi UITMjugak . Asasi sains dr puncak alam , tp dia ganti subjek agama . Dia kena buat pafa selain dr PBS dan sgt kesian. Pasal mengajar pulak . well dulu fara fikir sng jd cjgu . kelas ada bkn straight mcm pelajar . kadang2 free . Kalau pelajar smpai ke baliklah belajar . But nope . Jadi ckgu x sesenang yang disangka . Memang betul , jadual ckgu x straight . tp pada waktu senggang dia tu , dia ada baaaaanyakkkk lagi kerja pengkeranian lain yang dia kena settle kan . Lepastu , setiap kali ada kelas kena menapak pergi kelas tu . Kalau macam fara ada kelas form 2 and form 1 yang berderet mmg lelah . kelas form 1 and form 2 sekolah ni sangatlah jauh . Jadi untuk kejar masa supaya masuk x lewat , walaweh , basah jugak ketiak ni . Tapi mengajar sangat fun .Nak2 bila budak faham and beri respon kita rasa puas . Budak2 SABS mmg semua baik baik nak belajar walaupun kadang2 banyak ckp smpai sakit tekak ni nak lawan suara dyeorg . Ajar pulak sejarah , mmg kena pandai tackle lah.Tapi bila tang BM , pheww form 1 . kadang2 ajar budak kecik ni susah . Satu sebab nakal . biaselah budak2 . Satu lagi sebab budak kecik ni lurus . Kita mmg kena bg info yang tepat , ajar satu satu kalau x ? kalau x kita akan mati kata kata . trust me . i dah kena . All in all , jadi cikgu ni best . tapi penat dia mmg ya rabbi . atau sebab fara baru first time kerja mungkin. |
Post a Comment