Pemilik Blog ![]() Tagboard! ![]() Credits! |
Hidup Hidup bagaikan satu novel
satu jalan cerita yang pasti ada permulaan
pasti ada pengakhiran
seperti mana sebuah novel
yang pasti mempunyai ayat terakhir
begitu juga kita ,
mempunyai destinasi , kisah terakhir
kadangkala , kisah kita bermula bahagia
klimaksnya duka
namun di hujung cerita
kita ketawa
merasa lega
melihat kisah sebelumnya yang penuh air mata
rupanya air mata hanyalah harga
bagi membayar kesudahan yang cukup bahagia
kadangkala kisah kita bermula duka
berakhir sengsara
namun perjalanan antaranya cukup selesa
penuh gelak tawa , gurau dan senda
namun pastilah , panas tidak selamnya , kadangkala hujan datang seketika
kadangkala datangnya lama
namun matahari pasti muncul bila tiba masanya
kerana hidup ini satu kisah yang sempurna
pelbagai rasa digaul sebati bersama
bahagiakah kehidupan yang sentiasa bahagia tanpa secalit luka ?
analogi nya mudah sahaja ,
apa rasanya suatu masakan yang hanya ditaruh gula
ditaruh ditambah tanpa henti
gula yang pada mulanya manis
berakhir pahit
kemanisan dalam kepahitan.
tetapi apa pula rasanya suatu masakan yang mempunyai pelbagai perisa ?
dicampur seimbang enak tak terkata
|
Post a Comment