Pemilik Blog ![]() Tagboard! ![]() Credits! |
Jatuh Saat kita jatuh , percayalah masih ada tanah yang mampu kita sentuh masih ada landasan yang mampu kita berjalan masih ada dataran yang mampu kita jadikan pegangan Satu saat kita merasa , alangkah perit jatuh tertimpa padahal tidak kita duga kadangkala jatuh itu membawa kita ke alam nyata kerana selama ini kita terbang nun tinggi jauh tak terbayang asyiknya kita merentasi awangan tanpa mengira langit itu sempadan Detik ini kita jatuh terus menjunam mencecah tanah tanah yang dulu kita cecah tanah yang dulu kita tinggalkan katanya lebih baik di awangan dapat melihat segalanya terang terangan namun kita lupa di tanah ini kita boleh membina taman Tatkala di atas , sedarlah kawan Awan itu bukanlah batas ,tapi langit itu juga sempadan Tatkala di bawah , sedarlah kawan Tanah itu tidak di awangan tapi mampu kita ciptakan sebuah taman kebahagian sebuah ladang kejayaan sebuah landasan menuju kemakmuran |
Post a Comment